warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 26 Mac – Tahniah dan terima kasih pada semua yang menjayakan Program Kayuhan Ukhuwah PKINK-PMINT 2022 hari ini dan tentunya ia memberikan peluang ke arah kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pada masa-masa akan datang.

Majlis pelepasan Program Kayuhan Ukhuwah PKINK-PMINT 2022 yang melibatkan peserta seramai 65 orang itu telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Hj Abdul Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Mejar (K) Wan Adnan Bin Wan Derahman, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, En.Ahmad Nazri bin Hj Ismail, Ketua Pegawai Operasi PMINT, En. Azmal bin Azaddin, Pengurusan PKINK dan PMINT serta anggota kedua-dua Perbadanan.

Kayuhan sejauh 26 km yang bermula jam 8.30 pagi dari Bangunan PKINK telah melalui jalan Pengkalan Chepa, seterusnya menyusuri jalan belakang kem menuju ke Kg. Kedai Buloh dan berhenti rehat di check point Medan Ikan Bakar Kedai Buloh. Kayuhan seterusnya disambung semula pada jam 9.30 pagi melalui jalan Penambang dan berakhir di Bangunan KALA Sentral, Dataran Muhammadi.

Majlis penutup Kayuhan Ukhuwah PKINK-PMINT 2022 seterusnya diakhiri dengan jamuan makan dan majlis bertukar-tukar cenderahati tanda kenang-kenangan di antara kedua-dua Perbadanan. Dalam ucapan penutup, En. Ahmad Nazri Hj. Ismail yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK antara lain berharap agar kayuhan ukhuwah ini walaupun secara santai, Insya-Allah ia dapat mengeratkan ukhuwah dan hubungan di antara dua Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan turut mengeratkan hubungan di antara anak-anak syarikat kedua-dua Perbadanan.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 24 Mac – Siri Webinar Pematuhan Syariah Dalam Perniagaan diteruskan lagi dengan siri yang ketiga. Kali ini Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menjemput YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri bin Chik, Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK bagi mengulas tajuk Riba Diperangi Allah dan Rasul. Webinar tersebut telah diadakan melalui platform Zoom Meeting bermula jam 9.00 pagi.
 
YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri, yang juga merupakan Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan (Group Chief Financial Inclusion Officer) Bank Islam Malaysia Berhad, menjelaskan pembahagian jenis-jenis Riba kepada dua: Riba Duyun (Dalam Hutang) dan Riba Buyu’ (Dalam Transaksi Bahan Ribawi). Riba Duyun yang terbahagi kepada Riba Qard dan Riba Jahiliyyah. Manakala, Riba Buyu’ pula terbahagi kepada Riba Fadhl dan Riba Nasi’ah.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
MACHANG, 2 Mac – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat komited memastikan pembangunan ekonomi negeri Kelantan bergerak dengan konsisten. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan lawatan tapak bagi tujuan Makmal Pengurusan Nilai (Value Management Lab) untuk projek Pembinaan Infrastruktur Kawasan Industri Bersepadu Berasaskan IBS (Industrialised Building System) seluas 200 Ekar di Sungai Bagan, Labok semalam.
 
Lawatan yang diselaraskan oleh Bahagian Khidmat Teknikal ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK (Perancangan dan Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff Daud; Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman dan Pengurus Khidmat Teknikal, Wan Haidar Amni Nik Mansor manakala wakil dari pihak JPM iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Nilai (BPN), Puan Mariaty Salehat; Penolong Pengarah BPN, En Mohd Fazrul Noor Arzahan dan Penolong Setiausaha JPM, Puan Sharifah Nurshafazilah Rosli.
 
Tujuan lawatan ini dibuat bagi Makmal Pengurusan Nilai (VM Lab) untuk projek Pembinaan Infrastruktur Kawasan Industri Bersepadu Berasaskan IBS seluas 200 Ekar di Sungai Bagan, Labok, Machang, Kelantan berdasarkan Pekeliling Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM Bil 3/2009 Pengurusan Nilai perlu dilaksanakan bagi projek yang bernilai RM50 juta ke atas. Lawatan diakhiri dengan kunjungan ringkas ke Kampung Keusahawanan Berasaskan Kontena di Kawasan Kolam Air Panas Tok Bok, Pulai Chondong.
 
Turut hadir ialah jurutera dan konsultan yang terlibat.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 27 Februari – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Penarafan Bintang 2020 di Dewan Putri Saadong, Hotel Grand Riverview, Kota Bharu baru-baru ini. Majlis tahunan ini bertujuan bagi memberi penghargaan kepada anggota PKINK dan anggota Syarikat Anak serta Syarikat Anak yang telah mencapai prestasi yang tinggi dalam gerak kerja sepanjang tahun 2020.

Dalam majlis yang penuh gilang gemilang itu, Infra Quest Sdn. Bhd. telah berjaya mendapat Penarafan Lima Bintang bagi tahun 2020. Syarikat ini berperanan membangunkan infrastruktur dan kemudahan telekomunikasi seperti menara-menara pencawang di seluruh negeri Kelantan, manakala Permodalan Kelantan Berhad pula telah berjaya mendapat Penarafan Empat Bintang. Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd yang bertanggungjawab membangunkan industri berasaskan kelapa sawit dan getah pula berjaya mendapatkan Penarafan Tiga Bintang bagi tahun 2020. Syarikat-syarikat yang memenangi Anugerah Penarafan Bintang kali ini masing-masing membawa pulang wang tunai serta plak penghargaan.

Selain itu, seramai 32 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang terdiri daripada 11 orang anggota PKINK dan 21 orang anggota Syarikat-syarikat Anak masing-masing membawa pulang wang tunai RM1000 serta sijil penghargaan atas prestasi kerja yang tinggi sepanjang tahun 2020.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan yang telah menyempurnakan majlis ini dalam amanat beliau berkata, “Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Penarafan Bintang bertujuan memberikan motivasi kepada anggota organisasi serta syarikat anak agar dapat meningkatkan lagi mutu dan kecekapan kerja. Yang belum menerima anugerah, bukan bermakna tidak cemerlang, tetapi ia memberi peluang untuk perbaiki dan tingkatkan prestasi untuk tahun-tahun akan datang.”

Turut hadir Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan; Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah Kumpulan PKINK; Pengerusi-pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Anak Kumpulan PKINK; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK; Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK; Pengurusan Kumpulan PKINK dan Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan PKINK.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 22 Feb – Rentetan kejayaan penganjuran webinar bulan lepas, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) meneruskan lagi siri Webinar Pematuhan Syariah Dalam Perniagaan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting baru-baru ini. Webinar disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr Johari bin Mat, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK dengan tajuk Pembangunan Ekonomi Dalam Prinsip Membangun Bersama Islam (MBI).

YBhg. Dato’ Dr Johari, yang juga merupakan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) Dato’ Bentara Setia, menjelaskan 3 Prinsip Ekonomi Islam iaitu: Hidup tidak membebankan dan bergantung harap kepada orang lain; Memberi manfaat kepada orang lain; dan Menikmati semua yang dihalalkan oleh Allah SWT. Program juga mengadakan sesi cabutan bertuah kepada 10 orang peserta yang telah bersama sehingga akhir acara. Webinar ini turut disiarkan secara langsung melalui laman rasmi Facebook PKINK.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today1201
Yesterday1214
This week5159
This month33490
Total1278803

2024-11-28

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas