Accessibility Tools

Skip to main content

WEBINAR PEMATUHAN SYARIAH DALAM PERNIAGAAN SIRI 4

KOTA BHARU, 16 Jun – Siri Keempat Webinar Pematuhan Syariah Dalam Perniagaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah diadakan pada hari ini. PKINK kali ini menjemput YBrs. Prof. Dr. Ashraf Md Hashim, Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan bagi mengulas tajuk Urusan Saham Mengikut Perspektif Islam. YBrs. Prof. Dr. Ashraf Md Hashim, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Consulting, telah menerangkan tentang kepentingan Ad-Dain (Obligasi Kewangan) yang merangkumi Hutang; Sewa; Gaji/ Upah; Akad Pertukaran Persyarikatan; Rosak/Penipuan; Pesaka; dan Nafkah. Webinar...

Continue reading

PKINK SUMBANGKAN 1,000 PASANG KASUT KEPADA YIK

KOTA BHARU, 30 Mei - Kebajikan anak didik di sekolah juga menjadi sebahagian tumpuan Tanggungjawab Sosial Korporat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Baru-baru ini, PKINK telah menyumbangkan sejumlah 1,000 pasang kasut hitam kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar asnaf yang menuntut pelajaran di sekolah-sekolah YIK. Sumbangan telah disampaikan melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan (KSKK) PKINK dan gimik disempurnakan oleh YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Haji Ab Aziz Yunus kepada YBrs. Timbalan Pengarah (Pengurusan) YIK, Haji...

Continue reading

PKINK SERAHKAN KUNCI 6 UNIT RUANG NIAGA KIOS MASJID MUKIM KEROH

KUALA KRAI, 23 Mei – Kemudahan infrastruktur perniagaan untuk usahawan tempatan antara fokus utama dalam kegiatan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) membangunkan ekonomi Negeri Kelantan. Pada hari ini, PKINK telah menyerahkan kunci enam (6) unit Ruang Niaga Kios kepada pihak Masjid Mukim Keroh.   Majlis yang serba ringkas ini telah disempurnakan oleh YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus dengan penyerahan replika kunci kepada Pengerusi Masjid Mukim Keroh, Al-Fadhil Ustaz Abdullah bin Ab Talib.   Projek Ruang Niaga...

Continue reading

IQSB SUMBANGKAN RM2.5 JUTA KE TABUNG SERAMBI MEKAH

KOTA BHARU, 24 Mei - Sektor Perkhidmatan, terutamanya telekomunikasi, merupakan antara sektor utama yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Peneraju utama sektor ini di negeri Kelantan dipelopori oleh syarikat anak PKINK, Infra Quest Sdn Bhd (IQSB). Dengan penubuhannya semenjak tahun 1997, IQSB yang dahulunya mempunyai hanya 29 menara sahaja, kini mengendalikan 345 struktur komunikasi termasuk lampole, monopole dan terkini adalah Rapid Deployment System (RDS) di seluruh jajahan Negeri Kelantan. Dengan kerjasama PKINK, IQSB telah mengadakan Majlis...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT MIDA KE PKINK

KOTA BHARU, 23 Mei - YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Bilik Gerakan PKINK pada hari ini. Dalam pertemuan yang ringkas ini, rombongan yang diketuai oleh YABrs. Pengarah Eksekutif, Pengurusan Tertinggi (Penggalakan Pelaburan) MIDA HQ, En Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berharap agar dapat membincangkan peluang-peluang pelaburan yang baik di samping membina kerjasama yang utuh di antara PKINK dan MIDA. Sebagai tanda penghargaan, Tuan Haji Ab Aziz menyampaikan...

Continue reading