WEBINAR PEMATUHAN SYARIAH DALAM PERNIAGAAN SIRI 4
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 16 Jun – Siri Keempat Webinar Pematuhan Syariah Dalam Perniagaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah diadakan pada hari ini. PKINK kali ini menjemput YBrs. Prof. Dr. Ashraf Md Hashim, Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan bagi mengulas tajuk Urusan Saham Mengikut Perspektif Islam.
YBrs. Prof. Dr. Ashraf Md Hashim, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Consulting, telah menerangkan tentang kepentingan Ad-Dain (Obligasi Kewangan) yang merangkumi Hutang; Sewa; Gaji/ Upah; Akad Pertukaran Persyarikatan; Rosak/Penipuan; Pesaka; dan Nafkah. Webinar tersebut turut diadakan melalui platform Zoom Meeting bermula jam 9.00 pagi. Bagi yang terlepas mengikuti secara langsung pagi tadi, boleh layarinya di link ini https://fb.watch/dGlnImnDgf/ untuk menontonnya semula.