Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT MG GROUP OF COMPANIES KE PKINK

KOTA BHARU, 16 Mei – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tn Haji Ab Aziz bin Yunus menerima kunjungan hormat daripada pihak MG Group of Companies di Bilik Gerakan, Tingkat 11, Bangunan PKINK pada hari ini. Rombongan tersebut yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MG Group of Companies iaitu En. Mohd Faizuddin Bin Che Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Ridzwan Hafizu Development Holdings Sdn. Bhd. iaitu Muhammad Ridzwan Hafizu Bin Azahari adalah bertujuan bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama dan pelaburan yang boleh dibuat bagi merancakkan ekonomi setempat. MG Group of...

Continue reading

LAWATAN KORPORAT KE MENARA IQSB

KETEREH, 12 Mei – Sektor Telekomunikasi merupakan antara perniagaan utama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui syarikat Infra Quest Sdn Bhd (IQSB). PKINK telah mengadakan Lawatan Pemantauan Korporat bagi tujuan penerangan dan tinjauan pelaksanaan audit menara milik IQSB semalam di Dendang, Ketereh.   Audit yang dikawal selia oleh syarikat Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) tersebut melibatkan pemeriksaan spesifikasi infrastruktur, keselamatan tapak dan kekukuhan struktur menara. Audit tersebut yang bermula semenjak tahun 2021 adalah bagi memastikan...

Continue reading

KUNJUNGAN HORMAT TELEKOM MALAYSIA KE PKINK

KOTA BHARU, 10 Mei – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz Yunus telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Telekom Malaysia Cawangan Kelantan di Tingkat 11, Bangunan PKINK pada hari ini. Pertemuan ringkas ini bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama dalam perniagaan di antara kedua-dua pihak ini. Sebagai penghargaan, Haji Ab Aziz menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada pihak TM Cawangan Kelantan yang hadir. Kunjungan tersebut telah disertai oleh Pn Rozainee Muhamad Pengurus Besar TM Cawangan Negeri Kelantan, En Zainudin Ibrahim, Pengurus SRE dan En...

Continue reading

CERAMAH IHYA' RAMADAN 1443 (SIRI 4)

KOTA BHARU, 26 Apr - Sebagai penutup bagi Program Ihya' Ramadan 1443, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Program Ceramah Ihya' Ramadan (Siri 4) yang terakhir di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK hari ini. Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadil Ust Suratemi bin Mat Yusoff, Pegawai Agama Jajahan Bachok. Dalam ceramahnya, Ust Suratemi menyenaraikan lima (5) tanggungjawab (5T) terhadap Al-Quran iaitu: Tilawah (Membaca Al-Quran), Tafsir (Memahami Al-Quran), Tadabbur (Menghayati Al-Quran), Tatbiq (Mengamalkan Al-Quran), Tahfiz (Menghafal...

Continue reading

PETUGAS BARISAN HADAPAN HRPZ II DAN PPAN MENERIMA SUMBANGAN JUADAH BERBUKA PUASA

KOTA BHARU, 18 Apr – Petugas barisan hadapan memainkan peranan yang teramat penting dalam memelihara kelangsungan hidup kita dan memastikan kehidupan seharian kita terus aman dan sejahtera. Hari ini, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan kesihatan yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Pusat Perubatan An-Nisa' bersempena Program Ihya' Ramadan 1443H.   Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Haji Izani bin Husin, yang juga merupakan...

Continue reading