Accessibility Tools

Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT MG GROUP OF COMPANIES KE PKINK

KOTA BHARU, 16 Mei – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tn Haji Ab Aziz bin Yunus menerima kunjungan hormat daripada pihak MG Group of Companies di Bilik Gerakan, Tingkat 11, Bangunan PKINK pada hari ini. Rombongan tersebut yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MG Group of Companies iaitu En. Mohd Faizuddin Bin Che Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Ridzwan Hafizu Development Holdings Sdn. Bhd. iaitu Muhammad Ridzwan Hafizu Bin Azahari adalah bertujuan bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama dan pelaburan yang boleh dibuat bagi merancakkan ekonomi setempat.

MG Group of Companies adalah merupakan kumpulan syarikat Bumiputera yang sedang berkembang pesat dan bergiat aktif dalam perniagaan emas, hartanah, peruncitan dan perkhidmatan kini sedang merintis peluang untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan, YBrs. En. Hishamuddin Bin Hussein, Pengurus Projek, Sumber Asli & Industri Kumpulan, YM Tuan Nazir Bin Tuan Man, dan Pengurus Pelaburan Kumpulan, En. Ahmad Syarqawey Bin Abdul Ghani.