Accessibility Tools

Skip to main content

LAWATAN KORPORAT KE MENARA IQSB

KETEREH, 12 Mei – Sektor Telekomunikasi merupakan antara perniagaan utama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui syarikat Infra Quest Sdn Bhd (IQSB). PKINK telah mengadakan Lawatan Pemantauan Korporat bagi tujuan penerangan dan tinjauan pelaksanaan audit menara milik IQSB semalam di Dendang, Ketereh.
 
Audit yang dikawal selia oleh syarikat Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) tersebut melibatkan pemeriksaan spesifikasi infrastruktur, keselamatan tapak dan kekukuhan struktur menara. Audit tersebut yang bermula semenjak tahun 2021 adalah bagi memastikan infrastruktur komunikasi yang dibina di Kelantan adalah mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan dalam keadaan selamat untuk beroperasi.
 
Rombongan yang diketuai oleh YBrs. En Hishamuddin Hussein, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK) mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK disambut oleh Pengurus Besar IQSB, Haji A'sri Che Ali, Pengurus Besar Ascii Line Sdn Bhd (ALSB), En Hadzori Umar dan Pengurus Besar KIGSB, En Mohd Roslan Mohd Zain.
 
Turut hadir Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri Haji Ismail; Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Pn Hajah Nik Farzimar Nik Omar; Pengurus-pengurus Kanan serta Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan PKINK.