warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 17 Apr - Kebajikan dan kesejahteraan anggota merupakan prioriti utama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Oleh itu, PKINK telah mengadakan Majlis Sumbangan Kebajikan bersempena Ihya' Ramadan 1443 kepada Anggota dan Petugas Am PKINK di Bilik Operasi PKINK pada hari ini.
 
Penyampaian pada majlis ringkas ini telah disempurnakan oleh YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus. Penerima sumbangan termasuklah anggota PKINK yang mempunyai anak istimewa, guru pengajian Al-Quran, pekerja kantin dan pencuci premis di PKINK.
 
Tuan Haji Ab Aziz berkata dalam ucapannya, "Dalam memberi dan menerima sumbangan, si pemberi seharusnya bersyukur atas kemampuan untuk menyumbang, manakala si penerima seharusnya bersyukur atas rezeki yang diberikan. Pada asasnya, kedua-dua pihak seharusnya bersyukur atas kemampuan masing-masing."
 
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Hishamuddin bin Hussein; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri bin Haji Ismail; Pengurus-pengurus Kanan serta Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan PKINK.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 16 Apr – Institusi pendidikan agama Islam di negeri Kelantan merupakan teras pembangunan masyarakat yang berilmu dan berwibawa.
 
Sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah menyampaikan Sumbangan Kebajikan Ihya' Ramadan 1443 kepada Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah Pondok Lubuk Tapah di Masjid Pondok Lubuk Tapah Lemal, Pasir Mas hari ini.
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, En. Ahmad Nazri bin Hj Ismail yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Abdullah dalam majlis ringkas selepas solat fardu Asar berjemaah.
 
"Kita berbesar hati kerana Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Abdullah sudi untuk turun sendiri menerima sumbangan yang tidak seberapa ini. Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada penghuni pondok semua, Insya-Allah", katanya lagi.
 
Untuk rekod, Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Abdullah merupakan Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK merangkap Pengerusi Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah Pondok Lubuk Tapah. Pondok Lubuk Tapah merupakan antara institusi yang menggunakan sistem pengajian pondok di negeri Kelantan dan sumbangan PKINK adalah antara satu bentuk sokongan bagi pembangunan pusat-pusat pengajian warisan ini.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 12 Apr - Meneruskan aktiviti Ihya' Ramadan 1443/2022, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menganjurkan Program Ceramah Ihya' Ramadan 1443 (Siri 2) di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK hari ini.

Ceramah yang disampaikan oleh YBrs. Dr Mohd Azhar bin Abdullah, Pensyarah Jabatan Syariah merangkap Pengarah Institut Bahasa Antarabangsa, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS) itu turut disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook PKINK.

Dr Mohd Azhar dalam ceramahnya mengingatkan agar para pendengar mengambil kesempatan waktu sahur sepanjang Ramadan ini untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan beristighfar dan solat sunat tahajud dua (2) rakaat. Beliau turut menekankan bahawa sebaik-baik orang yang bersahur adalah mereka yang mengejutkan ahli keluarganya untuk solat sunat berjemaah serta menyediakan makanan dan bersahur bersama keluarga.

Sebagai menzahirkan tanda terima kasih dan penghargaan, YBrs. Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En.Ahmad Nazri bin Haji Ismail telah menyampaikan cenderahati kepada YBrs. Dr Mohd Azhar yang sudi meluangkan masa bersama PKINK pada hari ini.

Turut hadir Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan, Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan serta anggota Kumpulan PKINK.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

TUMPAT, 9 Apr – Nasib anak-anak yatim & dhuafa' merupakan sebahagian dari tumpuan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dalam memelihara tanggungjawab sosial korporat di negeri Kelantan. Sempena bulan Ramadan yang mulia, Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA) telah menerima Sumbangan Kebajikan bersempena Program Ihya' Ramadan 1443 di RAYSA, Pasir Pekan pada hari ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh YABhg. Datin Bentara Kanan Isteri Menteri Besar Kelantan, Hajjah Siti Zabedah binti Ab. Hamid kepada YBrs. Pn Sufiyah binti Mubarak, Penyelia RAYSA dalam majlis yang serba ringkas ini.

RAYSA merupakan antara institusi yang membela golongan anak yatim dan anak orang miskin tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada penghuninya. Sistem pengajian di sini berkonsepkan pengajian tahfiz separuh masa, pendidikan ilmu agama serta turut menekankan pengetahuan semasa.

YABhg. Datin Bentara Kanan, dalam ucapannya, berharap agar bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu RAYSA memastikan semua penghuninya dapat menjadi hamba Allah yang bertaqwa seterusnya dapat menabur bakti kepada agama, masyarakat dan negara.

Turut hadir YBrs. Pengurus Khidmat Teknikal Kumpulan, Pn Wan Haidar Amni binti Nik Mansor.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 7 Apr – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan tetap cakna dan prihatin terhadap institusi pendidikan agama di negeri Kelantan. Sempena bulan Ramadan yang mulia, Sumbangan Kebajikan bersempena Program Ihya' Ramadan 1443 telah diberikan kepada Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian di Madinah Ramadan, Dataran Stadium Muhammad IV pada hari ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus kepada YBhg. Dato' Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman sejurus lepas Program Daurah Al-Quran anjuran Madinah Ramadan 1443H/ 2022M.

YBhg. Dato' Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman merupakan Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK merangkap Musyrif Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Pondok Sungai Durian merupakan antara institusi yang menggunakan sistem pendidikan dan pengajian pondok di negeri Kelantan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Hishamuddin bin Hussein; Pengurus-pengurus Kanan serta Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan PKINK.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today981
Yesterday1214
This week4939
This month33270
Total1278583

2024-11-28

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas