- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 7 Feb – YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato‘ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan telah menyempurnakan perasmian KALA Sentral bertempat di Dataran Muhammadi, Kota Bharu semalam.
Majlis tersebut merupakan acara pembukaan rasmi KALA Sentral sebagai Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan Tempatan yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Bertemakan Partneur is Entrepreneur, KALA Sentral telah menjemput para usahawan tempatan untuk mengambil peluang memasarkan produk mereka di KALA Sentral yang menyediakan premis pemasaran secara percuma.
Dalam ucapan perasmiannya, YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa tekun dan komited membantu usahawan kecil dan sederhana mengembangkan perusahaan mereka dengan menyediakan lebih RM2.5 juta setahun untuk Program Usahawan Berdikari. Antara lainnya adalah, KALA Sentral yang ditubuhkan sebagai pelengkap kepada program-program keusahawanan yang telah dijalankan sebelum ini.
Gimik pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan dengan membuat imbasan QR Code yang memaparkan montaj pengenalan KALA Sentral.
Berucap dalam majlis yang sama, YB Dato’ Haji Hanifa Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan Dan Pembangunan Usahawan berkata Pembangunan Usahawan merupakan antara skop utama dalam Mendayaupayakan Usahawan di bawah strategi Memperkasakan Bahagian Pembangunan Usahawan Negeri melalui Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan (MPUNK) dan One Stop Centre Usahawan Kelantan (KALA Sentral) yang diperuntukkan RM1.1 juta oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan.
Turut Hadir YB Dato' Haji Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan; YB. Dr. Haji Izani Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan; YB Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar dan YB Dato' Hajah Mumtaz Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita.
YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK mewakili Pengurusan Kumpulan PKINK mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat, Lembaga Pengarah PKINK, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, wakil-wakil NGO keusahawanan dan semua yang terlibat menjayakan majlis ini.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 30 Jan – Keperluan dari aspek penembusan jalur lebar merupakan perkara asas di era Revolusi Perindustrian 4.0 kini. Oleh itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) telah menjayakan Pelancaran Perkhidmatan Internet Satelit Luar Bandar (PeSAT) di Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Puteh, Kelantan hari ini.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan diiringi YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi serta Hj Mohamad Nasriff Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan) PKINK.
Dalam ucapannya, YAB Menteri Besar menegaskan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mengambil perhatian serius mengenai perkembangan teknologi dan pembangunan infrastruktur digital di negeri ini.
“Pelaksanaan program Jalinan Digital Negara atau JENDELA merupakan satu lonjakan baru sebagai satu usaha dan perancangan plan tindakan bagi menyediakan asas untuk liputan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi bagi mempersiapkan negara untuk peralihan ke arah teknologi 5G pada tahun 2022.”
Hadir sama ke majlis tersebut adalah YB Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan; Datuk Abdullah Ya'kub, Speaker DUN Kelantan; YB Idham bin Hj Abdul Ghani (P.S.K), Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan; En. Hishamuddin bin Hussein, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK; Barisan Exco Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Undangan Negeri Kelantan.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 27 Jan – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tn Haji Ab Aziz bin Yunus menerima kunjungan hormat daripada pihak MBSB Bank Berhad di Bilik Gerakan, Tingkat 11, Bangunan PKINK pada hari ini.
Pengurus Wilayah Timur MBSB, En Zam Zuri Izani bin Abu Hassan yang mengetuai rombongan itu dalam ucapan ringkas pada kunjungan tersebut berharap agar MBSB Bank Berhad dan PKINK dapat meneroka peluang kerjasama erat bagi manfaat bersama.
Turut hadir, Pengurus Kewangan Kumpulan, En Ahmad Faizol bin Ab Aziz; Pengurus Projek, Sumber Asli dan Industri Kumpulan, YM Tuan Nazir bin Tuan Man dan Pengurus Cawangan MBSB Bank, En Wan Faizuri Zaidee bin Wan Ahmad.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 27 Jan – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tn Haji Ab Aziz bin Yunus hari ini menerima kunjungan hormat daripada pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad di Bilik Gerakan, Bangunan PKINK
Rombongan yang diketuai oleh Ketua Pengurus Pejabat Wilayah Pantai Timur, En Mazli bin Awang itu mengadakan pertemuan selama hampir 1 jam.
Pertemuan tersebut antara lain membincangkan mengenai jalinan hubungan dan peluang kerjasama di antara pihak PKINK dan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, En Hishamuddin bin Hussein; Pengurus Kewangan Kumpulan, En Ahmad Faizol bin Ab Aziz; Pengurus Program Empanelment Employment Bank Muamalat, En Amin bin Misran; Pengurus Wilayah, En Nik Mohd Hashim; Pengurus Cawangan Kota Bharu, En Muhammad Amin bin Mamat.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>