- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
PASIR MAS, 23 Dis - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat prihatin dengan keselesaan dan keceriaan para pelajar serta warga pendidik di Kelantan. Hari ini, telah dirasmikan Majlis Penyerahan Pengecatan Bangunan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Kangkong, Pasir Mas Kelantan. Projek ini merupakan sebahagian daripada Program Projek Impak Tinggi People Centric di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada tahun 2019.
Selama 10 minggu, projek bernilai RM98,200.00 ini telah berjaya disiapkan pada 10 November 2021 oleh pihak kontraktor dari H. Ifzan Enterprise. Selain dari kerja-kerja mengecat bangunan sekolah, projek ini juga telah membekalkan 300 unit kerusi, 20 unit kerusi mesyuarat dan 15 unit meja bankuet buat warga Sekolah Kebangsaan Kangkong.
Majlis telah disempurnakan oleh YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus diiringi oleh YBrs Guru Besar SK Kangkong, En Che Hasim bin Hamzah. “Diharapkan agar projek ini dapat meningkatkan keselesaan dan keceriaan Sekolah Kebangsaan Kangkong sekaligus meningkatkan prestasi para pelajar dalam pelajaran sebagai harapan nusa dan bangsa negara kita” ujar Haji Ab Aziz ketika ucapan beliau.
Turut hadir YBrs Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman; YBrs Pengurus Khidmat Teknikal Kumpulan, Pn Wan Haidar Amni binti Nik Mansor; YBrs Pengurus Besar Ascii Line Sdn Bhd, En Hadzori bin Umar; Penyelia Projek H. Izfan Enterprise, En Anas bin Mohd Jaffar @ Mohd Jaafar serta warga pendidik SK Kangkong.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
SUNGAI PETANI, KEDAH – YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini mengadakan lawatan kerja ke Ar-Rahn Sungai Petani.
Ar-Rahn Sungai Petani yang telah mula beroperasi pada 2008 merupakan antara pajak gadai islam yang terawal di Malaysia dan diuruskan oleh Permodalan Kelantan Berhad iaitu syarikat anak PKINK.
Lawatan kerja yang bertujuan melihat lebih dekat perkembangan Ar-Rahn Cawangan Sungai Petani itu telah disambut oleh Pengurus Cawangan Ar-Rahn Sungai Petani, En. Ahmad Sufdri Saiful Amri bin Ahmad Subri dan anggota-anggotanya.
Turut hadir sama dalam lawatan kerja ini ialah Pengurus Besar Permodalan Kelantan Berhad, En. Ramilan bin Abdul Rahman; Ketua Pegawai Kewangan PKB, En. Azli bin Othman dan Pengurus Kanan Ar-Rahn, En. Wan Azkan bin Wan Hassan.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
SINTOK, KEDAH – YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut sama hadir ke Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Syarikat Anak PKINK iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) bertempat di UUM pada hari ini, 21 Disember 2021.
Majlis yang berlangsung di Balai Tamu, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, UUM itu merupakan permulaan kerjasama erat di antara PKB dan UUM di mana UUM akan menawarkan kursus jangka pendek kepada masyarakat yang berminat untuk mendalami ilmu mengenai emas dan perniagaan ar-rahn.
Majlis tandatangan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi PKB, YB Dato’ Mohd Amar bin Abdullah, manakala UUM pula diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Shahimi Mohtar. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Lembaga Pengarah PKB, Pengurusan UUM serta PKB.
YB Dato’ Mohd Amar berharap kolaborasi ini dapat membangunkan dan menyediakan modal insan yang mahir dalam industri ar-rahn khususnya masyarakat yang “celik emas” di samping dapat membekalkan tenaga mahir dalam perniagaan emas dan ar-rahn. Di pihak PKB, YB Dato’ Mohd Amar mengharapkan pengiktirafan atau akreditasi di peringkat yang lebih tinggi ini dapat menonjolkan imej PKB sebagai penyedia pajak gadai Islam yang terulung di Malaysia.
Jelas beliau lagi, kolaborasi ini bakal membuka peluang perniagaan kepada industri-industri sokongan yang lain seperti perkhidmatan audit, takaful, syarikat-syarikat keselamatan dan lain-lain lagi.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 14 Dis – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat menitikberatkan kebajikan rakyat sebagai elemen utama dalam tanggungjawab sosial korporat Kumpulan. Hari ini di Masjid Mukim Peringat, PKINK telah mengadakan Program Penyerahan Almari Makanan PKINK bagi memudahkan urusan penyimpanan barangan sumbangan Food Cupboard yang diperuntukkan setiap bulan. Almari di Masjid Mukim Peringat ini merupakan salah satu daripada 23 buah almari yang diserahkan kepada 23 buah masjid yang terlibat di seluruh Kelantan.
Program Food Cupboard PKINK ini merupakan satu program kebajikan yang dilancarkan pada 2 Jun 2017 melibatkan kerjasama di antara PKINK dan masjid-masjid terpilih bagi membantu golongan yang memerlukan untuk mendapatkan barangan keperluan dapur serta mendekatkan golongan ini dengan masjid. Melalui inisiatif ini, ramai anak mukim serta jemaah masjid berasa amat berpuas hati dan berterima kasih atas kemudahan yang telah disediakan.
Program Penyerahan Almari Makanan serta penyampaian ringkas sumbangan kepada anak mukim yang memerlukan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus. “Semoga dengan adanya almari makanan ini dapat memudahkan urusan pihak masjid menguruskan barangan sumbangan keperluan untuk anak-anak mukim serta jemaah masjid yang memerlukan” kata Haji Ab Aziz ketika ucapan beliau.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, En Hishamuddin bin Hussein; Timbalan Pengurus Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Syarqawey bin Abdul Ghani; Pengurus Operasi Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), En Rosmadi bin Mohmed; Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia, En Mohd Hasni bin Mat Yusoff; Setiausaha Masjid Mukim Peringat, Hj Ku Aziz Bin Ku Mat serta Jawatankuasa Masjid Mukim Peringat.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
TUMPAT, 8 Dis – Keselesaan rakyat menjadi keutamaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang Merakyatkan Membangun Bersama Islam. Bagi tujuan tersebut PKINK telah menyempurnakan Penyerahan Projek Membaikpulih Jeti di Kampung Pantai Haji Nik Mat, Tumpat pada hari ini. Projek yang dilaksanakan di bawah Projek Kecil Berimpak Tinggi ‘People Centric’ ini mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan melalui peruntukan daripada dahulunya dikenali dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia.
Penduduk Kampung Pantai Haji Nik Mat terasa lega dan amat berterima kasih atas sumbangan baikpulih jeti ini terutamanya pengusaha IKS tempatan berhampiran dengan jeti tersebut yang kini mempunyai kemudahan untuk membekalkan produk kepada pelanggan dengan lebih selesa.
Rata-rata penduduk yang ditemui mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak PKINK dan juga Kerajaan Negeri serta Kerajaan Pusat yang telah meluluskan peruntukan dan melaksanakan projek ini.
Turut hadir En Hadzori bin Umar, Pengurus Besar Ascii Line Sdn Bhd, Penolong Pengurus Khidmat Teknikal Kumpulan, En Mohd Hafiz Bin Mohd Bokhori; Penolong Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa, Pn Nur Murshidah binti Idris; Kontraktor Utama, En Abd Kadir bin Ismail, Penghulu Mukim dan wakil dari MZAH perunding.