WEBINAR PEMATUHAN SYARIAH DALAM PERNIAGAAN SIRI 3
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 24 Mac – Siri Webinar Pematuhan Syariah Dalam Perniagaan diteruskan lagi dengan siri yang ketiga. Kali ini Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menjemput YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri bin Chik, Ahli Majlis Penasihat Syariah Kumpulan PKINK bagi mengulas tajuk Riba Diperangi Allah dan Rasul. Webinar tersebut telah diadakan melalui platform Zoom Meeting bermula jam 9.00 pagi.
YBrs. Tuan Haji Mohd Nazri, yang juga merupakan Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan (Group Chief Financial Inclusion Officer) Bank Islam Malaysia Berhad, menjelaskan pembahagian jenis-jenis Riba kepada dua: Riba Duyun (Dalam Hutang) dan Riba Buyu’ (Dalam Transaksi Bahan Ribawi). Riba Duyun yang terbahagi kepada Riba Qard dan Riba Jahiliyyah. Manakala, Riba Buyu’ pula terbahagi kepada Riba Fadhl dan Riba Nasi’ah.