LAWATAN TAPAK PEMBINAAN INFRASTRUKTUR KAWASAN INDUSTRI BERSEPADU BERASASKAN IBS
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
MACHANG, 2 Mac – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat komited memastikan pembangunan ekonomi negeri Kelantan bergerak dengan konsisten. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan lawatan tapak bagi tujuan Makmal Pengurusan Nilai (Value Management Lab) untuk projek Pembinaan Infrastruktur Kawasan Industri Bersepadu Berasaskan IBS (Industrialised Building System) seluas 200 Ekar di Sungai Bagan, Labok semalam.
Lawatan yang diselaraskan oleh Bahagian Khidmat Teknikal ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK (Perancangan dan Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff Daud; Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman dan Pengurus Khidmat Teknikal, Wan Haidar Amni Nik Mansor manakala wakil dari pihak JPM iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Nilai (BPN), Puan Mariaty Salehat; Penolong Pengarah BPN, En Mohd Fazrul Noor Arzahan dan Penolong Setiausaha JPM, Puan Sharifah Nurshafazilah Rosli.
Tujuan lawatan ini dibuat bagi Makmal Pengurusan Nilai (VM Lab) untuk projek Pembinaan Infrastruktur Kawasan Industri Bersepadu Berasaskan IBS seluas 200 Ekar di Sungai Bagan, Labok, Machang, Kelantan berdasarkan Pekeliling Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM Bil 3/2009 Pengurusan Nilai perlu dilaksanakan bagi projek yang bernilai RM50 juta ke atas. Lawatan diakhiri dengan kunjungan ringkas ke Kampung Keusahawanan Berasaskan Kontena di Kawasan Kolam Air Panas Tok Bok, Pulai Chondong.
Turut hadir ialah jurutera dan konsultan yang terlibat.