warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PENARAFAN LIMA BINTANG APC 2020 DITERIMA OLEH IQSB

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU, 27 Februari – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Penarafan Bintang 2020 di Dewan Putri Saadong, Hotel Grand Riverview, Kota Bharu baru-baru ini. Majlis tahunan ini bertujuan bagi memberi penghargaan kepada anggota PKINK dan anggota Syarikat Anak serta Syarikat Anak yang telah mencapai prestasi yang tinggi dalam gerak kerja sepanjang tahun 2020.

Dalam majlis yang penuh gilang gemilang itu, Infra Quest Sdn. Bhd. telah berjaya mendapat Penarafan Lima Bintang bagi tahun 2020. Syarikat ini berperanan membangunkan infrastruktur dan kemudahan telekomunikasi seperti menara-menara pencawang di seluruh negeri Kelantan, manakala Permodalan Kelantan Berhad pula telah berjaya mendapat Penarafan Empat Bintang. Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd yang bertanggungjawab membangunkan industri berasaskan kelapa sawit dan getah pula berjaya mendapatkan Penarafan Tiga Bintang bagi tahun 2020. Syarikat-syarikat yang memenangi Anugerah Penarafan Bintang kali ini masing-masing membawa pulang wang tunai serta plak penghargaan.

Selain itu, seramai 32 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang terdiri daripada 11 orang anggota PKINK dan 21 orang anggota Syarikat-syarikat Anak masing-masing membawa pulang wang tunai RM1000 serta sijil penghargaan atas prestasi kerja yang tinggi sepanjang tahun 2020.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan yang telah menyempurnakan majlis ini dalam amanat beliau berkata, “Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Penarafan Bintang bertujuan memberikan motivasi kepada anggota organisasi serta syarikat anak agar dapat meningkatkan lagi mutu dan kecekapan kerja. Yang belum menerima anugerah, bukan bermakna tidak cemerlang, tetapi ia memberi peluang untuk perbaiki dan tingkatkan prestasi untuk tahun-tahun akan datang.”

Turut hadir Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan; Yang Berbahagia Ahli-ahli Lembaga Pengarah Kumpulan PKINK; Pengerusi-pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Anak Kumpulan PKINK; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK; Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK; Pengurusan Kumpulan PKINK dan Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan PKINK.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today1357
Yesterday1214
This week5315
This month33646
Total1278959

2024-11-28

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas