- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 18 Mac - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) di Bilik Gerakan PKINK semalam.
Rombongan yang diketuai Pengarah SSM Negeri Kelantan, En Mohd Zawawi bin Ahmad mengadakan kunjungan ini bagi berkenalan dan membincangkan peluangpeluang kerjasama di antara PKINK dan SSM di masa akan datang.
Sebagai tanda penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato' Sr. Haji Zamri Ismail menyampaikan cenderahati kepada En Mohd Zawawi dan rombongan SSM.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman serta Pengurus Pembangunan Usahawan Kumpulan, En Ahmad Syarqawey bin Abdul Ghani.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
TANAH MERAH, 9 Mac - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat cakna dengan pembangunan institusi pendidikan di seluruh negeri Kelantan.
Baru-baru ini, YBhg Dato' Sr. telah menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada Pondok Ahmadi Padang Siam di Tanah Merah bersempena Program Sumbangan Ihya' Ramadan PKINK 1445H.
Pondok Ahmadi Padang Siam baru sahaja dibangunkan dan merupakan institusi pendidikan khas bagi golongan warga emas.
Turut diadakan penyampaian sumbangan Ihya' Ramadan PKINK kepada warga asnaf sekitar kampung Padang Siam seramai hampir 50 orang penerima.
Turut hadir, Datin Jahariah Mustapa, Isteri kepada Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman; Mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), Haji Mohd Shah Abdul Kadir; serta Pengerusi Pondok Ahmadi Padang Siam, Dr. Mohd Zawawi Mohamad.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 8 Mac - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail telah menghadiri Majlis Pelancaran Tabung Madinah Ramadan 1445H/ 2024M anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Medan Ilmu, Kota Bharu di sini baru-baru ini.
Majils tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapannya, YAB Dato' Panglima Perang menekankan kebaikan bersedekah terutamanya dalam bulan Ramadan.
Turut diadakan penyerahan sumbangan jabatan-jabatan negeri ke Tabung Madinah Ramadan. En Ahmad Nazri mewakili PKINK telah menyerahkan cek bernilai RM100,000 kepada YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan. PKINK termasuk antara jabatan-jabatan penyumbang yang tertinggi semasa majlis tersebut.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 19 Feb - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBhg Dato' Sr. Haji Zamri bin Haji Ismail telah mengadakan sesi kunjungan mesra ke Permodalan Kelantan Berhad (PKB) di sini kelmarin.
Kunjungan bertujuan sebagai sesi suai kenal di samping mengeratkan hubungan di antara Pengurusan Tertinggi dan anggota PKB. Ketibaan Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan telah disambut oleh Pengurus Besar PKB, En Hassan Shukri bin Hussein bersama-sama anggota Pengurusan PKB.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail dan Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 20 Feb - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan daripada Perbadanan Usahawan Johor Bharu Sdn Bhd (PUJB) di Bilik Gerakan PKINK semalam.
PUJB merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Johor berperanan sebagai pusat sehenti dan sumber rujukan utama usahawan tempatan Negeri Johor.
Rombongan yang diketuai Ketua Unit Jabatan Pembangunan Usahawan PUJB, En Azizi Noor Fizi bin Jamion mengadakan kunjungan ini bersempena Program Pengembangan dan Pembangunan Usahawan Johor ke Terengganu dan Kelantan.
Sebagai tanda penghargaan, Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Pn Hjh Nik Farzimar binti Nik Omar menyampaikan cenderahati kepada En Azizi Noor Fizi dan rombongan PUJB.
Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman serta Pengurus Pembangunan Usahawan Kumpulan, En Ahmad Syarqawey bin Abdul Ghani.