warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 13 Feb - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Bank Simpanan Nasional di Bilik Gerakan PKINK di sini kelmarin.
 
Kunjungan ringkas diketuai oleh Pengarah Negeri BSN Kelantan, Pn. Hjh. Noriza Hj Hashim bertujuan bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama yang dapat diadakan antara PKINK dan BSN di masa akan datang.
Sebagai tanda penghargaan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri Ismail menyampaikan cenderahati kepada Pn. Hjh. Noriza dan rombongan BSN.
 
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En. Ahmad Nazri Haji Ismail, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman serta Pengurus Kanan Kewangan Kumpulan, En. Ahmad Faizol bin Abdul Aziz.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 5 Feb - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) di Bilik Gerakan PKINK di sini hari ini.

Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dahulu dikenali sebagai Institut Teknologi Darulnaim (ITD) dan telah beroperasi semenjak tahun 1997.

Kunjungan ringkas diketuai oleh Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, Pengerusi KTD bertujuan bagi membincangkan peluang-peluang kerjasama yang dapat diadakan antara PKINK dan KTD di masa akan datang.

Sebagai tanda penghargaan, YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan menyampaikan cenderahati kepada Dr Abdullah Sudin dan rombongan KTD.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), Encik Ahmad Nazri bin Haji Ismail serta Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman.

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 23 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat dari Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) di Bilik Mesyuarat Tingkat 9, Bangunan PKINK di sini hari ini.
Kunjungan serba ringkas ini bertujuan untuk bersuai kenal serta membincangkan peluang-peluang kerjasama di antara PKINK dan Agrobank di masa akan datang.
 
Sebagai tanda penghargaaan, YBrs Encik Ahmad Nazri bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK) menyampaikan cenderahati kepada rombongan Agrobank yang diketuai oleh Puan Rohana Binti Ibrahim, Ketua Seksyen Deposit Agrobank.
 
Turut hadir, En Ahmad Faizol bin Abdul Aziz, Pengurus Kanan Kewangan Kumpulan.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 18 Jan: Seramai 8 usahawan menerima bantuan peralatan perniagaan daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui dana Yayasan Iktisad Darulnaim (YAYASAN) bagi sesi pertama 2024 di sini hari ini.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail berkata sebanyak RM57k diperuntuk bagi bantuan peralatan kepada peniaga kecil dan usahawan.
 
“Setiap penerima menerima bantuan peralatan bagi membantu meningkatkan produktiviti perniagaan mereka di samping meringankan beban.
 
“Saya berharap dengan bantuan ini semua usahawan dapat mengembangkan perniagaan sebaiknya di samping membudayakan perniagaan secara dalam talian,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat Usahawan PKINK di Bilik Operasi Tingkat 10, Bangunan PKINK di sini.
 
Menurutnya, sejumlah hasil keuntungan Kumpulan PKINK diperuntuk untuk program ini sebagai bantuan peralatan kepada usahawan mikro di seluruh negeri ini.
 
Bantuan perniagaan diperkenal bagi membantu peniaga kecil negeri ini bagi meningkatkan dan mengembangkan hasil jualan.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
PASIR MAS, 30 Dis - Kebajikan rakyat juga merupakan antara tumpuan utama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) selain cakna dengan keadaan semasa bencana banjir di Kelantan. PKINK turut terlibat dalam Majlis Pelancaran Dana Bantuan Bencana Negeri Kelantan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Khidmat Malaysia di Pusat Khidmat DUN Meranti, Pasir Mas semalam.
 
Kumpulan PKINK (termasuk Infraquest Sdn Bhd dan Kelstone Sdn Bhd) telah memberi sumbangan bagi Dana Bantuan Bencana Negeri Kelantan sejumlah RM110ribu yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Sr. Haji Zamri bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan) PKINK bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.
 
Majlis Pelancaran Dana tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Daud, Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapannya, YAB Dato' Panglima Perang merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menyumbang dan menjayakan Dana Bantuan Bencana ini dan berharap agar usaha ini dapat membantu meringankan beban rakyat Kelantan yang terkesan termasuk kepada rakyat Kelantan yang menimpa musibah banjir baru-baru ini. 

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today780
Yesterday1214
This week4738
This month33069
Total1278382

2024-11-28

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas