KUNJUNGAN HORMAT AGROBANK KE PKINK
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 23 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat dari Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) di Bilik Mesyuarat Tingkat 9, Bangunan PKINK di sini hari ini.
Kunjungan serba ringkas ini bertujuan untuk bersuai kenal serta membincangkan peluang-peluang kerjasama di antara PKINK dan Agrobank di masa akan datang.
Sebagai tanda penghargaaan, YBrs Encik Ahmad Nazri bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK) menyampaikan cenderahati kepada rombongan Agrobank yang diketuai oleh Puan Rohana Binti Ibrahim, Ketua Seksyen Deposit Agrobank.
Turut hadir, En Ahmad Faizol bin Abdul Aziz, Pengurus Kanan Kewangan Kumpulan.