warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 19 Jan - Klinik Primer Cherang merupakan salah satu klinik panel Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Baru-baru ini, telah diadakan Bicara Kesihatan yang disampaikan oleh Dr Safwan bin Saifudin, Pemilik Bersama Klinik Primer Cherang di Bilik Operasi PKINK.

Turut diadakan saringan pemeriksaan kesihatan kepada anggota PKINK di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 10, Bangunan PKINK.

Sebagai penghargaan, YBrs. Encik Ahmad Nazri bin Haji Ismail, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada Encik Muhamad Shahir bin Saifudin, mewakili Klinik Primer Cherang.  

Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
KOTA BHARU, 16 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Pra-Audit Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) DIY di Bangunan PKINK di sini semalam.
 
Panel Audit EKSA DIY yang diketuai oleh Pn Nik Nur Lydia Binti Nik Mohd Hashim telah melaksanakan audit ke setiap zon yang ditetapkan bermula dengan taklimat PKINK bersama-sama En Hishamuddin bin Hussein, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK) di Bilik Gerakan PKINK.
 
Pra-audit berakhir dengan mesyuarat penutup dan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Nasriff bin Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P) sebagai tanda penghargaan kepada seluruh panel Audit EKSA DIY.
 
Turut hadir, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; En Ahmad Nazri bin Haji Ismail, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan; Pengurusan PKINK serta Ahli Jawatankuasa EKSA DIY PKINK.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 15 Jan - YABrs. Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan telah menerima kunjungan daripada Majlis Perundingan Wanita Parlimen Rantau Panjang (MPWPRP) di Bilik Gerakan, Tingkat 11, Bangunan PKINK baru-baru ini.
 
Rombongan MPWPRP diketuai oleh Datin Hajjah Shamsiah Mohamad selaku Pemangku Pengerusi MPWPRP bersama ahli-ahli yang lain.
 
Turut hadir Pengurus Kanan Perundangan dan Integriti Kumpulan PKINK, Puan Hajjah Ahlaami Binti Abd Halim.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 9 Jan - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Amanat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Bagi Tahun 2023 di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana Kota Bharu di sini kelmarin.
 
Majlis yang dihadiri oleh warga Kumpulan PKINK termasuklah seluruh anggota PKINK serta Pengurus Besar dan wakil Syarikat Anak Kumpulan PKINK. Dalam ucapannya, YABrs Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berharap agar PKINK dapat menghasilkan keuntungan yang lebih baik di samping membangunkan ekonomi Negeri Kelantan bagi tahun 2023.
 
Turut diadakan Tazkirah Tahun Baharu 2023 bertajuk 'Pekerja Cemerlang, Organisasi Gemilang' yang disampaikan oleh YBhg Dato' Dr. Johari bin Mat dan Pra-Pelancaran Pelan Strategik 2024-2028 yang disempurnakan oleh Tuan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.
 
Turut hadir En Hishamuddin bin Hussein, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK); Haji Mohamad Nasriff bin Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P); En Ahmad Nazri bin Haji Ismail, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan; dan Pn Nik Farzimar binti Nik Omar, Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan.
Previous Next

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 26 Okt – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Penarafan Bintang 2021 di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu kelmarin. Majlis tahunan ini bertujuan bagi memberi penghargaan kepada anggota PKINK dan anggota Syarikat Anak serta Syarikat Anak yang telah mencapai prestasi yang tinggi dalam gerak kerja sepanjang tahun 2021.
 
Dalam majlis yang penuh gilang gemilang itu, Infra Quest Sdn. Bhd. telah berjaya mendapat Penarafan Lima Bintang bagi tahun 2021. Syarikat ini berperanan membangunkan infrastruktur dan kemudahan telekomunikasi seperti menara-menara pencawang di seluruh negeri Kelantan, manakala Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd pula telah berjaya mendapat Penarafan Empat Bintang. Permodalan Kelantan Berhad & Ladang Tapis Sdn Bhd pula berjaya mendapatkan Penarafan Tiga Bintang bagi tahun 2021. Syarikat-syarikat yang memenangi Anugerah Penarafan Bintang kali ini masing-masing membawa pulang wang tunai serta plak penghargaan.
 
Selain itu, seramai 31 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang terdiri daripada 10 orang anggota PKINK dan 21 orang anggota Syarikat-syarikat Anak masing-masing membawa pulang wang tunai serta sijil penghargaan atas prestasi kerja yang tinggi sepanjang tahun 2021.
 
YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan yang telah menyempurnakan majlis ini dalam amanat beliau berkata, “Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Penarafan Bintang bertujuan memberikan motivasi kepada anggota organisasi serta syarikat anak agar dapat meningkatkan lagi mutu dan kecekapan kerja. Yang belum menerima anugerah, bukan bermakna tidak cemerlang, tetapi ia memberi peluang untuk perbaiki dan tingkatkan prestasi untuk tahun-tahun akan datang.”
 
Turut hadir Ahli-ahli Lembaga Pengarah Kumpulan PKINK; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK; Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK; Pengurusan Kumpulan PKINK dan Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan PKINK.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today779
Yesterday1214
This week4737
This month33068
Total1278381

2024-11-28

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas