- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
BESUT, 25 Sep - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Kem Keusahawanan Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2022 pada 25-27 September 2022 di Tanjung Demong Beach Resort.
Selaku jabatan utama dalam pembangunan ekonomi Negeri Kelantan, PKINK melalui program PROTUNe ini bertujuan melatih dan mengasah bakat pelajar-pelajar sekolah dalam bidang kepimpinan, perniagaan dan keusahawanan.
Program tersebut melibatkan seramai 200 orang pelajar dan 80 orang guru daripada sekolah-sekolah terpilih seluruh Negeri Kelantan.
Perasmian program telah disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK di Dewan Redang, Tanjung Demong Beach Resort di sini semalam.
"PROTUNe menyasarkan pelajar-pelajar yang terpilih daripada sekolah-sekolah yang terpilih seluruh Negeri Kelantan untuk menjadi usahawan bumiputera yang berjaya dan bertaqwa di masa akan datang" kata Haji Ab Aziz dalam ucapannya.
Turut hadir, Pengurus Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa, YM Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman serta En Aliff bin Rashid, Pelatih Akademi PKNS.
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KETEREH, 31 Ogos - YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini hari ini.
Menyahut seruan dan semangat patriotisme, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang diwakili oleh seramai 35 orang anggota turut bersama dengan 68 jabatan lain di seluruh Negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam acara perbarisan tersebut.
Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob. Dalam ucapannya, YAB Dato' menegaskan bahawa erti kemerdekaan yang sebenar seharusnya seiring dengan kemerdekaan jiwa daripada segala kemungkaran melalui kemantapan iman dan taqwa dalam kehidupan seharian.
Turut diadakan Persembahan Gendang Melayu, Cina dan Siam serta Pesembahan Pancaragam oleh Sekolah Menengah Sains Machang dalam majlis tersebut.