PKINK SERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGERI KELANTAN 2022
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KETEREH, 31 Ogos - YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini hari ini.
Menyahut seruan dan semangat patriotisme, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang diwakili oleh seramai 35 orang anggota turut bersama dengan 68 jabatan lain di seluruh Negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam acara perbarisan tersebut.
Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob. Dalam ucapannya, YAB Dato' menegaskan bahawa erti kemerdekaan yang sebenar seharusnya seiring dengan kemerdekaan jiwa daripada segala kemungkaran melalui kemantapan iman dan taqwa dalam kehidupan seharian.
Turut diadakan Persembahan Gendang Melayu, Cina dan Siam serta Pesembahan Pancaragam oleh Sekolah Menengah Sains Machang dalam majlis tersebut.