PKINK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN IHYA' RAMADAN KEPADA PONDOK AHMADI PADANG SIAM
TANAH MERAH, 9 Mac - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) amat cakna dengan pembangunan institusi pendidikan di seluruh negeri Kelantan.
Baru-baru ini, YBhg Dato' Sr. telah menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada Pondok Ahmadi Padang Siam di Tanah Merah bersempena Program Sumbangan Ihya' Ramadan PKINK 1445H.
Pondok Ahmadi Padang Siam baru sahaja dibangunkan dan merupakan institusi pendidikan khas bagi golongan warga emas.
Turut diadakan penyampaian sumbangan Ihya' Ramadan PKINK kepada warga asnaf sekitar kampung Padang Siam seramai hampir 50 orang penerima.
Turut hadir, Datin Jahariah Mustapa, Isteri kepada Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman; Mantan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), Haji Mohd Shah Abdul Kadir; serta Pengerusi Pondok Ahmadi Padang Siam, Dr. Mohd Zawawi Mohamad.