- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNe)
1.LATAR BELAKANG
Program Tunas Niaga (PROTUNe) adalah penjenaman semula daripada Program Usahawan Muda (PUM). Ianya merupakan satu program Pembudayaan Keusahawanan untuk pelajar sekolah menengah daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Pada tahun 1996, Program ini telah diambilalih dan dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MECD) yang kemudian melantik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) sebagai agensi pelaksana di semua peringkat negeri. PKEN telah berkolabrasi dengan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SME-Corporation untuk menjaya dan melaksanakan program ini. Mulai tahun 2014, Program Tunas Niaga (PROTUNe) adalah dibawah Kementerian Kewangan Malaysia dan bertindak sebagai pembiayaan program ini.
2.OBJEKTIF PROGRAM
Memberi pendedahan dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan kepada pelajar-pelajar dan bermanafaat untuk digunakan selepas alam persekolahan serta membudayakan bidang keusahawanan.
Dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk memulakan dan melaksanakan sesuatu perniagaan dengan berkesan.
Dapat mempelajari selok-belok dalam menguruskan syarikat.
Memupuk dan menguatkan semangat agar dapat melahirkan usahawan muda yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju, berfikiran positif, kreatif dan inovatif.
Dapat menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan pada masa hadapan.
Bimbingan oleh agensi-agensi keusahawanan dan ilmu-ilmu pengurusan perniagaan asas dalam program PROTUNe dapat digunakan oleh pelajar-pelajar menjalankan perniagaan dan memberi pendedahan untuk mengenal pasti agensi kerajaan yang dapat membantu dalam bidang keusahawaanan.
SENARAI AKTIVITI PROGRAM TUNAS NIAGA (PROTUNE) PKINK MENGIKUT TAHUN
TAHUN |
TARIKH |
NAMA AKTIVITI | TEMPAT | BIL. PENYERTAAN |
2019 | 21 Mac 2019 |
Kursus Training of Trainers (TOT) Kepada Guru Pembimbing Program Tunas Niaga (PROTUNe) Peringkat Negeri Kelantan 2019 |
Hotel Ansar, Kota Bharu, Kelantan | 70 |
2018 | 8 -10 November 2018 |
Kem Keusahawanan Dan Pengurusan Syarikat Kepada Pelajar-Pelajar Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Kelantan Sesi 2018/2019 |
Putera Valley, Tanah Merah | 250 |
1 Oktober 2018 |
Taklimat Pelaksanaan Program Tunas Niaga (PROTUNe) kepada Pengetua & Guru Pembimbing Tahun 2018 |
UTC Kelantan | 70 | |
2017 | 23-26 September 2017 |
Pendedahan Maklumat Program Tunas Niaga (PROTUNe) |
SEDC Sarawak | 15 |
25 Mei 2017 |
Mini Konvensyen Peringkat Negeri Kelantan 2016/2017 |
Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan | 60 | |
2016 | 29 September - 2 Oktober 2016 |
1MET Bootcamp PROTUNe |
Putera Valley, Tanah Merah | 210 |
25 - 28 Mei 2016 |
Pendedahan Maklumat Ke Johor Bahru |
Johor Corporation | 14 | |
19-21 Mei 2016 |
Training Of The Trainers Untuk Guru Pembimbing Peringkat Negeri Kelantan 2016 |
Primula Beach Resort, Kuala Terengganu | 44 | |
10-13 Mac 2016 | Konvensyen Tunas Niaga (PROTUNe) Peringkat Nasional 2015. | Amanjaya Convention Centre (AJCC) Casuarina@Meru, Ipoh, Perak | 38 | |
22-23 Januari 2016 |
Program Tunas Niaga (PROTUNe) Konvensyen Mini Peringkat Negeri Kelantan. |
Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu, Kelantan | 90 | |
2015 | 18-21 November 2015 |
Pembubaran Syarikat Untuk Guru-Guru Pembimbing Dan Ahli Pengurusan Syarikat Serta Pemilihan Top 10 Ke Konvensyen Mini Peringkat Negeri Kelantan 2015. |
Tanjung Demong Beach Resort, Besut Terengganu. | 226 |
29 Sept 2015 - 1 Okt 2015 |
Kursus Training Of Trainers, Guru-Guru Pembimbing Dan Ahli Pengurusan Syarikat, Program Tunas Niaga (PROTUNe) Negeri Kelantan. |
Tasik Banding Hotel Sdn. Bhd. | 214 | |
20 – 21 Ogos 2015 |
Taklimat Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2015/2016 Kepada Pengetua Dan Guru Pembimbing. |
Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu, Kelantan | 70 |