KURSUS PENERAPAN KEFAHAMAN UBUDIYYAH, MAS'ULIYYAH DAN ITQAN SIRI 3
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KUALA TERENGGANU, 24 Jul - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan kerjasama Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG) telah mengadakan Kursus Penerapan Kefahaman Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan Siri 3 di Permai Hotel Terengganu baru-baru ini.
Program dua hari tiga malam tersebut dihadiri oleh 42 orang peserta melibatkan pegawai PKINK dan anggota Kumpulan Perladangan PKINK Berhad bagi memberi kefahaman terhadap konsep Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan dalam segenap urusan jabatan.
Kuliah dan aktiviti-aktiviti bermodul telah dikendalikan oleh pihak IPTG yang diketuai Pengarah IPTG, Prof. Emeritus Dato' Dr. Johari Mat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Sr. Haji Zamri Haji Ismail turut hadir menyempurnakan majlis perasmian dan penyampaian cenderahati kepada peserta kursus.
Turut hadir juga, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman serta Timbalan Pengarah IPTG, Ustaz Zulkipli Mat Yusof.