TAMAN PERINDUSTRIAN IBS BAKAL MENYEDIAKAN 3,500 PELUANG PEKERJAAN
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
MACHANG, 17 Jul - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Ahmad Maslan telah meluangkan masa bagi lawatan kerja rasmi ke tapak pembangunan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Sg Bagan di sini semalam.
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai pelaksana pembangunan Taman Perindustrian IBS yang merupakan projek hasil kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri Kerja Raya berkata bahawa Taman Perindustrian IBS Sg Bagan ini bakal menyediakan sebanyak 3,500 peluang pekerjaan pelbagai jenis tred khususnya bagi sektor pembinaan.
Sebagai tanda penghargaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P), Ir. Haji Hamdzah Abdul Rahman telah menyampaikan cenderahati tanda kenangan kepada YB Timbalan Menteri Kerja Raya.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Sektoral Kerajaan Negeri Kelantan, En Hafiz Che Mahmood; Pengarah Jabatan Kerja Raya Kelantan, Ir. Suhaili Ismail serta Timbalan Ketua Eksekutif I (Operasi) CIDB Malaysia, Tuan Haji Razuki Ibrahim.