JAULAH MUSA'ADAH AR-RAHN SEMPENA PROGRAM IHTIRAM RAMADAN PKB 1445/2024
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 19 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato' Sr. Haji Zamri Ismail telah menyempurnakan pelepasan Jaulah Musa'adah Ar-Rahn bersempena Program Ihtiram Ramadan 1445/ 2024 anjuran Permodalan Kelantan Berhad (PKB) di perkarangan KALA Sentral di sini hari ini.
Program tahunan ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf dalam kalangan pelanggan Ar-Rahn yang layak. Program ini melibatkan 34 cawangan seluruh negara dengan penyerahan sumbangan berbentuk wang tunai dan makanan asas kepada 5 keluarga asnaf setiap cawangan dengan kos keseluruhan sebanyak RM17,000.
Sesudah pelepasan, turut diadakan penyampaian sumbangan pertama bagi Jaulah Musa'adah Ar-Rahn oleh Dato' Sr. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan kepada warga PPR Kota Bharu, Kelochor.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK), En Ahmad Nazri Haji Ismail; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman; serta Pengurus Besar PKB, En Hassan Shukri Hussein.