KULIAH PENGHAYATAN UMI PKINK 2023 SIRI 3
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 30 Nov - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kuliah Penghayatan Konsep Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan (UMI) siri ketiga bagi tahun 2023 di Surau Raudhatul Iman, PKINK.
Kuliah yang bertajuk 'Nikmat atau Istidraj, Bagaimana Membezakannya' telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Azhar bin Abdullah, Pengarah Institut Bahasa, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Dalam ceramahnya Ustaz Dr. Mohd Azhar menjelaskan perbezaan di antara konsep nikmat dan istidraj serta bagaimana untuk menghadapinya.
Sebagai tanda penghargaan, En Ridzuan bin Sidek, Pengurus Kanan Teknologi Maklumat Kumpulan telah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Dr. Mohd Azhar. Turut hadir, En Nor Azuwan bin Saleh, Pengurus Kanan Audit Dalaman Kumpulan dan En Ahmad Syarqawey bin Abdul Ghani, Pengurus Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan.