PROGRAM KAYUHAN TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA DAN YB DATO’ KAYA SETIA BERSAMA PENJAWAT AWAM KELANTAN SEMPENA JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA
- Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
KOTA BHARU, 24 Julai – Santai dan meriah! Itulah gambaran Program Kayuhan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan YB Dato’ Kaya Setia Bersama Penjawat Awam Kelantan Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia hari ini yang turut disertai oleh YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK.
Majlis pelepasan Program Kayuhan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan YB Dato’ Kaya Setia tersebut yang melibatkan peserta seramai hampir 300 orang itu telah disempurnakan oleh YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.
Kayuhan sejauh 12km yang bermula jam 8.15 pagi dari Dataran Rehal telah melalui jalan Penambang dan berhenti rehat di Pit Stop River Gate Kampung Tikat dan perjalanan disambung semula pada jam 9.30 pagi ke Kg. Kedai Buloh dan tiba di lokasi penamat di Pantai Kundor.
Majlis penutup Kayuhan Ukhuwah tersebut seterusnya diakhiri dengan persembahan kebudayaan, cabutan bertuah dan jamuan makan tengah hari bersama Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara dan YB Dato’ Kaya Setia, Dato' Haji Nazran bin Muhammad.