warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK MENYERTAI HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN KELANTAN 2022

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
BACHOK, 22 Jul - Sebagai tanda penghargaan kepada para peladang, penternak serta nelayan tempatan yang giat menyumbang kepada kesuburan ekonomi Kelantan, Kerajaan Negeri telah menganjurkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan (HPPNK) 2022 di Pantai Irama, Bachok di sini bermula 21 Julai 2022.
 
Program selama 3 hari ini diterajui oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YBM Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut menyertai pameran dengan mendirikan booth serta memperkenalkan produk-produk milik kumpulan.
 
Program telah dirasmikan oleh YAB Dato' Bentara Kanan, Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Dalam ucapannya, YAB Dato' merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada seluruh warga Kelantan khususnya para peladang, penternak dan nelayan tempatan agar melihat kejayaan hari ini sebagai dorongan untuk lebih berjaya di masa akan datang.
 
Turut hadir, YB Dato' Ustaz Haji Abdullah bin Yakub, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan; YB Dato' Haji Norazman Bin Abd Ghani, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan serta YB Idham bin Hj Abdul Ghani, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today378
Yesterday946
This week7708
This month378
Total1281352

2024-12-01

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas