warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK BANTU USAHAWAN KELANTAN TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa mempergiatkan usaha bagi menambah baik akses dan peluang pasaran bagi membantu PMKS negeri ini meningkatkan jualan di pasaran dalam negara dan juga antarabangsa dengan menganjurkan Seminar Keusahawanan PKINK 2022 - “Program Latihan dan Pembangunan Usahawan PMKS Negeri Kelantan bermula dari Lokal ke Global” pada 30 Mac lalu bertempat di Dewan Sri Makmur 1, Hotel H Elite, Kota Bharu, Kelantan.
 
Lebih 90 usahawan Kelantan termasuk dari KALA Sentral menghadiri program latihan siri pertama itu yang dikendalikan oleh Puan Zuraini Hasanuddin dari Geo Artha International (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat pemasaran antarabangsa dan perkhidmatan perdagangan.
 
Seminar yang bertujuan membangunkan usahawan-usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri ini dengan membuka minda usahawan untuk meningkatkan dan memperkasakan kualiti usahawan, produk dan perkhidmatan bagi meningkatkan ekonomi jualan produk mereka disamping menjana ekonomi negara sesuai dengan matlamat utama kerajaan dalam projek Usahawan berwawasan 2020 – 2030.
 
Pelbagai teknik bina kualiti produk dan perkhidmatan serta hala tuju produk PMKS memasuki pasaran antarabangsa telah dikongsikan untuk memulih dan mengukuhkan PMKS memandangkan sektor itu memainkan peranan yang penting dalam ekosistem ekonomi serta pekerjaan.
 
Selain itu, pembangunan PMKS akan terus diperkasakan dengan menangani masalah yang dialami melalui pendekatan perundingan dasar, akses pasaran, pemerkasaan perniagaan dan pengembangan keupayaan.
 
Peserta turut diberi peluang untuk menyertai MySME Gift Shop di Malaysia Grand Bazaar Kuala Lumpur dan pemilihan produk akan dilakukan oleh pihak Geo Artha International (M) Sdn Bhd mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
 
Turut hadir, Penolong Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa PKINK, Muhammad Syafiq Ibrahim.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today1307
Yesterday1214
This week5265
This month33596
Total1278909

2024-11-28

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas