Accessibility Tools

Skip to main content

YB MENTERI KEWANGAN MERIAHKAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-5 PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) KELANTAN

KOTA BHARU, 15 Januari 2022 – Sempena Program Jelajah Bajet 2022, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan hadir memeriahkan Sambutan Ulangtahun ke-5 Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan.
 
Sejak pembukaan semula UTC Kelantan pada 15 Jun 2020 hingga akhir Disember 2021, seramai 404,863 pengunjung telah direkodkan. Manakala purata pengunjung bulanan pada tahun 2021 adalah seramai 16,436 pengunjung.
 
Pihak UTC Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz yang turut meninjau pengoperasian harian dan beramah mesra dengan petugas serta pengunjung yang hadir selaras dengan peralihan Negeri Kelantan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Januari 2022 yang lalu.
 
Beliau juga berkesempatan menyampaikan bantuan musim tengkujuh kepada 15 orang penoreh getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan turut menyerahkan kelengkapan pembersihan bencana banjir kepada Skuad Sukarelawan Kementerian Kewangan Malaysia serta sesi penyerahan hadiah cabutan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) kepada tiga orang penerima bertuah.